“Kereta Aku Proton Tapi Hari-Hari Aku Mampu Makan Udang Galah!” – Zarina Anjoulie Beli Kereta Baru Buatan Malaysia

Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi berita gembira kepada pengikutnya apabila berjaya membeli sebuah kereta baharu buatan Malaysia semalam.

Kata Zarina, kereta jenama Proton itu kerana dirasakan berbaloi dan dibeli atas dasar mengikut kemampuannya.

“Yeay… new day new car. Biar la proton je yang penting bukan nombor plate bukan register under nama cina mana entah ok.

“Beli apa yang afdal dan sesuai dengan ekonomi sendiri.

“Tak sanggup aku nak angkut merc tapi terkinja-kinja nak bayar kang pastu makan maggi pastu kang kena tarik,” tulisnya.

Zarina turut menempelak segelintir pengguna yang memandang rendah pilihannya untuk membeli jenama kereta berkenaan.

“Sebelum kau cakap ha proton je … Let me tell u that I had my first BMW since I was 25 and guess what worse decision ever.

“Sebab nak cam korang la giler glam nak show off, tapi haprak maintenance cam setan semua mahal rosak sikit kalau takde RM2,000 tak payah cerita.

“End up bila jual balik value jatuh nak m4ti aku rugi.. Untuk apa? Semua untuk kebod0han aku nak show off.

“I don’t need all that now. I’m happy with my life kereta aku proton tapi hari-hari aku mampu makan udang galah. Dari kau bawak BMW makan ikan reject kat pasar,” tambahnya.

Ini baru betul definisi alah membeli menang memakai!

Komen-komen netizen:

betol sgt anju. i pakai proton jgk. pk Jnji bole gerak sana sini je. Sbb akn dtng kereta jatuh hrga. Buat apa beli mhl2. Mti esok pon naik kereta jen4zah jgk. Apa nk show off sgt 😂

Sy pun pakai kereta produa saja.. Tp ada rumah sendri dah berbanding pakai kreta jenama luar negara tp masih duk menyewa evrymonth kebulur mkn maggie 😅😅 itu lah yg dikata ukur baju dibadan sendiri.. 😇😇

Batol Anju @zarina_anjoulie akak setuju sgt cara ni 👍👍👍 Suami akak sorang keje nak sara seisi rumahtgga, parents lagi… Kami pakai Alza jer… Installment murah tp boleh makan sedap2 & jalan2 selalu👍

Sumber : Gempak

Facebook Comments