Kanye West Kehilangan Hampir 9.2 Juta Pengikut Kerana Donald Trump

Penyanyi Rap popular Hollywood, Kanye West kehilangan hampir 9.2 juga pengikut di media sosial selepas menyatakan sokongannya terhadap Donald Trump.

Menurut laporan People.com, Kanye West dilaporkan memuat naik gambar topinya yang tertulis ‘Make America Great Again’, iaitu slogan yang digunakan oleh Trump ketika berkempen untuk pilihan raya presiden.

Kanye juga dilihat mengkritik bekas presiden Barack Obama secara terang-terangan di akaun media sosialnya dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Donald Trump.

Akibat perbuatannya itu, Kanye West kehilangan pengikut daripada peminatnya dan juga para selebriti yang lain seperti Justin Bieber, BTS, The Weeknd, Rihanna, Ariana Grande, Harry Styles, Katy Perry serta Nicki Minaj.

Sebelum ini, Kanye mempunyai kira-kira 27.8 juta pengikut dalam Twitter dan yang terbaru jumlah sebenar adalah 18.6 juta.

Sumber: Gempak.com

Facebook Comments