‘Jijik & Tertipu’- Chef Wan Kutuk Isu Rampasan Barang Mewah Milik Najib

Nampaknya hari ini rata-rata netizen hangat memperkatakan isu mengenai kes siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak. Menurut laporan dari Harian Metro pada hari ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memeriksa kediaman persendirian Najib yang terletak di Pavilion Residences Apartment.

Dalam laporan itu mengesahkan sebanyak 72 bagasi mengandungi wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama ditemui dalam kediaman di Pavilion Residences Apartment yang diperiksa polis berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malam tadi.

Foto: Berita Harian

Chef Wan Rasa Tertipu

Isu ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan selebriti tanah air kerana kes ini melibatkan bekas utama pemimpin negara.

Terkenal sebagai seorang yang sangat lantang bersuaraChef Wan menyuarakan rasa kesalnya terhadap isu ini. Chef Wan merasakan dirinya tertipu setelah melihat hasil rampasan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa di rumah Najib. Ikuti luahannya di bawah.

 

Chef Wan akui sangat terkejut dengan kekejaman ramai manusia di negara ini malah mereka tidak sedar segala yang kita perjuangkan selama ini sebenarnya untuk masa depan generasi akan datang.

Chef Wan menambah, dalam kejadian yang berlaku seperti ini, penyokong-penyokong kerajaan terdahulu terus bersikap bongkak dan masih mahu menegakkan benang yg basah lagi.

Begitu lantang apa yang disuarakan oleh Chef Wan yang ditulis dalam Instagramnya ini.  Sebagai sebuah negara berdemokrasi, kita seharusnya hormati masing-masing punya pendapat. Apa yang terjadi pada negara hari ini ada hikmahnya dan kita patut bagi peluang pada mereka yang bersalah menghisab diri dan bertaubat.

BACA  Tamak & Jijik! Chef Wan Kesal Sikap Pelanggan Pasaraya Aeon Tebrau

Kalau mereka sedar akan kesilapan yang lalu, boleh memperpaiki diri ke arah kebaiakn. Kami di hangat.com kagum dengan  kebanyakan rakyat Malaysia yang telah mula matang memilih kerajaan yang baru.

Sumber Harian Metro Via otokgeligo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

 

Facebook Comments