Ini Sebab Kita Jarang Mimpikan Arw4h Ibu Dan Ayah.

Ini sebab jarang mimpi arw4h mak dan ayah, ramai yang tak tahu…

Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arw4h mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi perasaan rindu, sedih pada ibu yang pergi men1nggalkan kita selamanya. Tapi, Allah lebih sayangkannya. Setelah dua tahun bertarung dengan k4nser, akhirnya kami meredakan pemergiannya.

Kali ini, bila aku pulang ke kampung terasa meriah pula. Walapun mama dah tiada, tapi mak saudara sebelah mama yang paling rapat selalu menceriakan rumah.

Bila aku balik, Mak Ngah dan anak-anaknya biasanya akan datang ke rumah sambil bawa lauk yang aku sukai. Asam pedas ayam!

Memang rasa sangat macam arw4h mama masih ada sebab aku tumpah kasih Mak Ngah. Dah dilayannya macam anak sendiri walau cuma anak saudara. Terima kasih banyak Mak Ngah!

Masa nak balik ke KL hari tu, sambil Mak Ngah bungkuskan nasi dan lauk untuk aku bawa balik walaupun aku dah besar panjang, Mak Ngah tanya aku.

“Sejak arw4h mama Ijat men1nggal, ada tak Ijat mimpikan arw4h mama?”

Aku fikir kejap… “Hmmm… sejak arw4h mama men1nggal, ada dua kali Ijat mimpi arw4h mama. Sekali masa seminggu lepas mama men1nggal, sekali masa Ijat dah kerja tunggu grad. Kenapa Mak Ngah?”

“Maknanya Ijat anak yang baik. Sentiasa bagi pahala dan lapangkan kubur mama. Mesti Ijat selalu sedekahkan al-Fatihah dan bacakan doa untuk arw4h mama, kan?” teka Mak Ngah.

Aku tunduk… diam. Dalam diam, ada getaran di hati. Ye, aku memang tak putus hadiahkan doa dan al-Fatihah buat arw4h mama, semoga Allah cerahkan dan lapangkan kubur arw4h mama.

“Ijat… tapi, kalau Ijat selalu mimpikan arw4h mama, tandanya dia tak senang di alam sana. Sebenarnya dia perlukan amalan anak yang soleh dan doa daripada Ijat,” kata Mak Ngah lagi.

‘Allahuakbar! Aku pandang wajah Mak Ngah. Mak Ngah mengganggukkan kepalanya, tanda mengiakan wajah aku yang penuh tanda tanya.

Oh, rupa-rupanya baru aku tahu, baru aku faham. Selama ni aku ingat, kalau kita selalu mimpikan orang yang dah men1nggal, bermakna dia ingat dan sayangkan kita. Rupanya telahan aku salah sama sekali.

Aku dapat rasa, mata aku panas. Air mataku bergenang. Bila aku imbas balik… ye, mungkin seminggu selepas mama men1nggal tu, aku rindu teringat arw4h mama. Tapi kali kedua yang aku mimpi tu, masa aku dah habis final exam dan seronok kerja dan keluar dengan kawan-kawan sampai aku lupa nak sedekahkah al-Fatihah untuk arw4h mama. Aku lalai, sibuk sangat sampai tak cukup masa nak baca al-Quran.

Baru aku faham bila Mak Ngah cakap macam tu. Ya Allah… sebenarnya ibu kita yang telah men1nggal dunia tak perlukan dan minta apa-apa. Dia cuma dahagakan doa dan amalan daripada anak yang soleh.

Mak Ngah kata lagi, “Ijat, nanti niatkan puasa kita, solat kita, sedekah kita semua untuk mak ayah kita. Sebab, mungkin masa hidupnya ada solat yang tak cukup, ada puasa yang pernah tertinggal.”

Ya Allah… rindunya aku pada arw4h mama. Rindu yang teramat sangat. Mak Ngah pesan lagi, kalau rindu tak terbendung, sedekahkan al-Fatihah buat mama. Doakan dia tenang di sana, dan sentiasalah berbuat amal dan kebajikan, semoga arw4h mama pun dapat pahalanya di sana.

Sesungguhnya selepas ini, aku akan lebih mengingati mama. Aku tidak akan lalai daripada menunaikan solat, aku tidak akan lalai daripada membaca al-Quran setiap hari. Aku akan lebihkan sedekah atas nama mama. Semoga arw4h mama tenang di sana.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kampusuolls   Via riverbed

Facebook Comments