Ibu Ini Meninggal Dunia Dalam Kebakaran Rumahnya Selepas Menyelamatkan Nyawa Bayinya Yang Berusia 12 Hari Dengan Meletakkan Bayinya Di Dalam ‘Car Seat’ Dan Mencampakkan Keluar Tingkap..

Sudah menjadi lumrah setiap insan yang bergelar ibu mempunyai nalurinya tersendiri iaitu untuk melindungai anaknya. Begitu juga ibu muda ini yang sedang berhadapan dengan bahaya. Beliau menggunakan sepenuh daya untuk menyelamatkan bayinya.

Shelby Carter, 21, berasal dari Wyoming, Illinois, sangat gembira apabila melahirkan seorang bayi perempuan yang comel, bernama Keana Davis, pada bulan Januari 2017.

Pada 29 Januari, pakar kecantikan itu yang juga mempelajari bidang farmasi, pertama kali menyambut hari kelahirannya sebagai seorang ibu. Masa depannya dilihat cerah dan indah sehinggalah berlaku satu tragedi yang tidak diingini.

Shelby Carter, 21, (pictured with baby) managed to save her daughter Keana Davis, from a fire that broke out in her Wyoming, Illinois home on Monday

Pada hari kejadian yang juga sehari selepas hari kelahiran Shelby yang ke 21 tahun, beliau berada di rumah bersama bayinya dan secara tiba-tiba kebakaran berlaku kira-kira jam 10:30 pagi pada 30 Januari 2017. Rumahnya diselubungi dengan asap tebal dan lantas beliau menghubungi 911.

Malangnya, pasukan penyelamat tiba lewat. Shelby dijumpai sedang berbaring di lantai tingkat kedua rumahnya itu, berhampiran dengan tingkap. Beliau meninggal ekoran terhidu asap karbon monoksida yang banyak. Shelby tidak pula menyebut perihal bayinya ketika menghubungi pasukan tersebut, namun pasukan berkenaan terkejut apabila terjumpa bayi yang lengkapi dipakaikan tali pinggang keselamatan pada kerusi bayi, betul-betul di atas puing luar rumahnya.

 

Ibu yang tidak berdaya tersebut melakukan segalanya untuk menyelamatkan bayi kesayangannya itu walaupun terpaksa berjuang untuk bernafas di dalam asap tebal. Beliau juga menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan bayinya dan sanggup menghabiskan sisa tenaganya dengan mencampakkan bayinya ke luar tingkap dari tingkat dua, beberapa minit sebelum beliau pengsan.

 

Carter strapped the baby in a car seat and dropped her out of a second-floor window. The 21-year-old died from smoke inhalation (pictured, the home on the 900 block of N Galena Ave)

 

“Ia sangat mengharukan apabila beliau berhadapan dengan situasi sukar terbabit demi menyelamatkan bayinya. Malangnya, beliau tidak dapat menyelamatkan dirinya. Tetapi, beliau dapat menyelamatkan nyawa bayinya,” kata Ed Fogelsonger selaku ketua pasukan penyelamat. Keana pula hanya mengalami kesan terbakar ringan dan dibawa pulang oleh neneknya dan ibu mendiang Shelby, Kathy Hardy. “Berita baiknya adalah apabila bayi berkenaan selamat dan dibawa pulang,” kata Steve Sloan selaku syerif di Stark County.

 

Sungguhpun Keana terlalu muda untuk mengenali ibunya, pasti beliau akan mengetahui kisah akan pengorbanan ibunya semasa beliau membesar. Mendiang Shelby pasti akan sentiasa dikenang sebagai penyelamat di hati Keana, keluarganya dan rakan-rakan.

“Mendiang tidak mementingkan dirinya langsung dan kasih sayangnya terhadap Keana tidak berbelah bahagi,” kata rakan mendiang, Stacy. “Beliau tidak sesekali dilupakan,” tambahnya.

“Mendiang merupakan seorang wanita yang cekal dan sanggup mengorbankan dirinya untuk yang tersayang. Beliaulah hero sebenar dan kami sangat bangga akannya”, kata Anna Steelman yang juga rakan kepada mendiang.

Semasa berhadapan dengan saat genting, ibu muda ini hanya menfokuskan dirinya untuk menyelamatkan bayinya. Sungguh indah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Semoga mendiang tenang di sana. -Pen Merah Press

VIDEO:

 
Sumber: Mail Online, Era Baru

Facebook Comments