Ibu comel ini share tips ‘rare’ pujuk anak. Paling best pujuk ank mkn ubat. 2 saat je !

“Ha! Buat la tahan-tahan berak. Nanti hantu datang baru tau!”

Terus bercantum kening saya, berkerut dahi dengar ugutan tersebut. Saya pusing kepala memandang tuan punya badan yang bercakap. Kelihatan seorang ibu menggoncang-goncangkan telunjuknya ke wajah anak yang mulai ketakutan.

Aduh! Dah kenapa kaitkan masalah anaknya yang taknak berak dengan hantu pulak? 🤣😂Makcik… makcik!

Dah dah. Saya malas sentuh bab parenting ajar teknik encourage anak ke apa. Cuma nak tau je, kenapa bila ugut anak mesti pakai nama hantu, nenek kebayan dan sewaktu dengannya?

Ingat senang ke nak melayan perangai anak-anak macam ni, sampai ke besar menyusahkan kawan dia, kejut kawan malam-malam semata-mata nak teman dia ke toilet asrama. Hahaha kawan yang berkenaan mohon jangan terasa.

Kalau anak tak mau berak, cuba ambil kesempatan ni untuk ajar anak sistem pencernaan. Bukak aje images kat Google, tunjuk ilutrasi keratan rentas badan dan cerita kesan yang terjadi pada najis kalau terlalu lama dibiar simpan dalam usus.

Kaitkan sekali masalah yang terjadi pada sistem pencernaan kalau kurang minum air masak dan taknak makan sayur. Cerita dengan ilustrasi menarik dan santai. Tak perlu sampai keluar terma ileum, duodenum, pancreas tu semua.

Anak taknak pakai kasut, nak guna jugak teknik ugut dan menakut-nakutkan, baik silakan. Tapi jangan guna ‘subject matter’ hantu. Tukar ‘subject matter’ sebenar yang berkait dengan masalah anak. Ceritakan betapa jahatnya kuman dari kotoran masuk ke badan hingga kita dapat sakit.

Simple kan darling-darlingku?

Bukan sahaja anak berjaya dipaksa, tapi dalam masa yang sama, dia memahami tubuh badannya berfungsi. Untung-untung dah besar minat nak jadi doktor, kan!

Seboleh-bolehnya, elaklah guna cara mengugut. Anak tidak belajar cara menyelesaikan masalah dengan baik dan menganggap ugut adalah kuasa untuk dapatkan sesuatu daripada orang lain.

Kalau nak guna juga kaedah tu sebagai solusi terakhir, kaitkan dengan pesan akan kesan sebenar yang diterima sekiranya dia tak buat sesuatu seperti yang sepatutnya.

Teringat pula saya pernah ugut anak yang enggan makan ubat selsema. Puas dipujuk, tapi sifat ‘strong will’ nya menjadikan usaha memujuk jadi sia-sia. Saya memang rajin kalau bab bercerita pasal cara organ dan sistem dalam badan berfungsi. Tapi kali ni saya tidak ada idea macam mana nak bercerita.

“Tak pe la mama. Nanti kuman selsema mati sendiri. Antibodi Ammar kuat ni.” Kata Ammar sambil menyalat hingus hijau pekat sampai meleret ke pipi kiri kanannya.

Saya dah tak tahan. Saya Google satu gambar dan serah telefon kepada Ammar.
“Nampak ni, uncle ni dulu pon taknak makan ubat selsema. Hingus dalam hidung dia jadi keras sampai tak boleh bernafas, terpaksa potong hidung.”

Tak sampai 2 saat ubat dalam picagari yang saya pegang dekat setengah jam tadi habis dimakan anak.

Terima kasih Voldemort. Gambar anda sangat berguna.

:: SALAM JUMAAT. JANGAN LUPA BACA SURAH AL KAHFI::

Sumber : Wawa Shauqi

Via beritadinding

Facebook Comments