[GAMBAR] Pelakon Ini Terpaksa Terima 70 Jahitan Di Wajah Kerana Dipaksa Pengarah Filem Untuk Pecahkan Pintu Cermin Bagi Menghayati Watak Dalam Filem Ghostland

Memang tak dapat dinafikan lagi cerita Ghostland memang cerita yang sangat mendebarkan dan cukup menyeramkan!

Bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang unik dan terbaik, kami turut memuji pelakon-pelakonnya yang berjaya membawa watak dengan cukup sempurna.

Tapi di sebalik kehebatan filem ini, sebenarnya ada beberapa insiden yang telah berlaku dan antara yang paling tidak boleh dilupakan adalah salah seorang pelakon di dalam filem ini terpaksa menahan kesakitan apabila dirinya mengalami kecederaan ketika melakukan pengambaran di dalam filem ini.

Pelakon yang dimaksudkan itu adalah Taylor Hickson yang memegang watak sebagai Vera sewaktu kanak-kanak.

Hickson diminta untuk menumbuk pintu kaca. Namun pengarah filem ini telah memaksanya melakukan beberapa kali dengan lebih kuat sehingga ia pecah dan menyebabkan kecederaan di bahagian muka.

Melalui seorang sumber, dia menjelaskan sebelum menumbuk kaca tersebut Hickson telah bertanya adakah cara ini selamat dan pengarah serta produser tersebut serentak berkata ‘YA’.

“Dia diminta untuk menumbuk dengan lebih kuat beberapa kali. Kemudian kaca itu pecah hingga menyebabkan separuh badan (Dari kepala ke pinggang) terhempas dan jatuh melepasi pintu tersebut.

“Ketika itu ada lebihan kaca lalu terguris isi mukanya di bahagian kiri wajah. Dia segera dikejarkan ke hospital dan menerima 70 jahitan,” katanya.

Dalam pada itu, Hickson turut memberitahu salah seorang krew bertugas telah memberi pertolongan padanya.

“Ada seorang wanita beri bantuan dengan menekap wajah (bahagian luka) yang berlumuran darah dengan beberapa helai kain.

“Perasaan saya bercampur baur. Rasa tidak selamat, keliru, sakit, marah sedih. Bagaimanapun tiada apa-apa tindakan diambil ketika itu kerana ia merupakan hari terakhir saya di set pengambaran,” jelasnya yang terpaksa menanggung kesan parut itu.

Walaubagaimanapun kami difahamkan pelakon ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap produser dan pengarah filem ini kerana memberi kesan negatif kepadanya serta hilang punca pendapatan kerana terpaksa menolak segala tawaran berlakon untuk sesi pemulihan.

Sehingga kini, Hickson masih trauma dan perlu melalui beberapa rawatan yang teratur seperti tembakan laser dan silicone treatment.

Lebih teruk, dia juga perlu lalui rawatan pembedahan plastik juga untuk memastikan kesan parut hilang.

perghhh memang menakutkan betullah! tapi kami rasa semua usaha kerasnya sangat berbaloi kerana semua orang memuji mutu lakonan setiap pelakon di dalam Ghostland!

So kalau korang semua nak tengok macam mana dan part mana kemalangan ni berlaku, korang kenalah tengok Ghostland yang kini sedang hangat di tayangkan di pawagam!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Sumber: Media Hiburan

Facebook Comments