Kejam!! Gadis 14 tahun ‘dikenduri’ lapan lelaki

JAKARTA: Tindakan dua gadis menyertai pesta arak sempena sambutan ulang tahun kelahiran rakan mereka akhirnya mengundang padah apabila salah seorang daripadanya dir0gol bergilir-gilir oleh lapan lelaki.

Polis daerah Jombang berkata, kejadian berlaku di sebuah ladang tebu di Desa Badang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Jombang, Asisten Komisioner Fadli Widiyanto berkata, kes itu terbongkar selepas mangsa berusia 14 tahun menceritakan kejadian r0gol itu kepada ibunya.

“Mangsa adalah rakan kepada salah seorang suspek.

“Dia dir0gol ketika semua suspek berada di bawah pengaruh alkohol.

“Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami trauma,” katanya semalam.

Menurut Fadli, polis berjaya menahan lima lelaki termasuk beberapa inidividu di bawah umur dan memburu suspek yang masih bebas.

“Jika didapati bersalah, kesemua suspek boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara,” katanya.

 

Sumber: Mstar

 

Facebook Comments