Fazura Mintak Ice Cream, Fattah Bagi RM10 Suruh Main Jauh-Jauh

EMPAT bulan disatukan sebagai pasangan suami-isteri, pelakon Fattah Amin memberitahu dia jatuh cinta terhadap isterinya, aktres Nur Fazura setiap hari.

Menerusi status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Fattah menyifatkan pertemuan dengan Fazura adalah satu keajaiban daripada Allah dan wanita itu adalah cinta sejatinya.

“Kunci kepada kebahagian sesebuah perkahwinan adalah mencari pasangan yang tepat.

“Anda akan tahu si dia adalah untuk anda apabila selepas berkahwin pun anda masih jatuh cinta dengan pasangan anda setiap hari.

Bersemut… Luahan cinta Fattah terhadap Fazura di Instagram cukup romantik.

“Alhamdulillah, saya tahu dia (Fazura) adalah keajaiban daripada Allah apabila pertama kali saya bertemu dengannya,” tulisnya.

Fattah, 28, dan Nur Fazura, 35, disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November tahun lalu.

Dalam pada itu, Fattah berkata, Fazura adalah seorang isteri yang hebat dan telah berjaya menjadikannya seorang lelaki lebih baik berbanding sebelum ini.

Malah kata Fattah, dia berasa bertuah kerana dapat menjadi suami kepada Fazura selain berjanji akan menyayangi isterinya itu buat selama-lamanya.

Pasangan ini berkahwin pada 27 November tahun lalu.

“Isteri saya seorang hebat, Fazura menjadikan saya seorang lelaki yang lebih baik seperti mana hari ini.

“Sehingga sekarang saya masih bertanya kepada diri sendiri, bagaimana saya boleh menjadi seorang yang cukup bertuah?

“Saya sayangkan awak, hari ini, selamanya.

“Terima kasih atas semua rasa cinta yang diberkan kepada saya dan saya sentiasa bersyukur kerana dapat menjadi suami anda, Insya-Allah,” tulisnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Sumber

 

Facebook Comments