Dia Digelar ‘Gadis Kerbau’ Dan Kerbau Yang Dia Ada Berwarna Pink. Lihat Foto Bersama Kerbau Yang Buat Ramai Kagum

Sebelum tular Mowgli Malaysia, adik Syukor Khamis dengan kerbau belaan ayahnya. Sebelum ini tular tentang seorang gadis cantik dengan kerbau berwarna merah jambu. Dia digelarkan sebagai gadis kerbau.

Laman Facebook Amazing Terengganu , memuatnaik semula gambar gambar Gadis Kerbau ini dan ianya telah menjadi tular.

“Gadis kerbau” @nadiaa_yusof37 di kg. Gemuruh. Kuala Nerus. Kerbau yang keler pink kerbau balau atau balo. Jarang2 juper awek hok buleh dekat ngan kerbau ni. Pernah viral dulu tahun 2017. Kini Nadia byk membantu keluarganya menguruskan kerbau dan melapah daging.”

Kisah gadis kerbau ini pernah diterbitkan oleh Harian Metro pada 2017.

Kuala Nerus: “Saya tak kesah seharian berlumuran najis kerbau kerana minat dengan haiwan itu sejak kecil lagi. Malah, kegiatan itu menyeronokkan, selain membantu perusahaan keluarga,” kata Nadia Khairun Nisa Yusof, 15, ketika ditemui di Kandang Kerbau Fitlod milik bapanya di Kampung Gemuroh, Tepuh, dekat sini.

Nadia berkata, dia berjinak-jinak dengan penternakan kerbau sejak berusia tujuh tahun apabila dilatih bapanya Yusof Mohamad, 45, mengendalikan ternakan itu secara tradisional.

“Kerbau besar jasanya pada saya kerana pernah menyelamatkan saya ketika tersesat dalam hutan di kampung ketika berusia enam tahun. Justeru, kerbau dekat dengan hati dan mendorong saya meneruskan minat untuk berkecimpung dalam bidang penternakan.

“Tak kesahlah apa yang dilabelkan orang, maklumlah saya seorang gadis dan di luar kelaziman bergelumang dengan aktiviti penternakan seperti ini, namun saya cenderung kepada bidang ini berbanding aktiviti menanam bunga di halaman rumah,” katanya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu.

Nadia Khairun Nisa berkata, kebiasaannya dia membantu bapanya menguruskan 60 kerbau pada jam 4 petang hingga 6.30 petang, antaranya membabitkan aktiviti memberi makan dan memandikan kerbau serta membersihkan najis di kandang.

Antara komen netizen :

Mohd Nasrol –kna upah kmeraman profsnal bru blh popular cam shkor..

Amir Haffiz –Aku dari tahun 199an bela burung dgn gajah. Chill jee

Ninna –Sekali tgk ingatkn bnda tu….nasib laaa bukan…..

Yusof Ibrahim –pempuan suka lh kerbau pink…lelaki suka lerbau itam

Cik Bayang Hidup –Yang lepas biarla lepas.. bg budak lain plak merasa.. masing2 dh tua….

Sumber Artikel: HMETRO ONLINE dan Amazing Terengganu

Instagram Gadis Kerbau: nadiaa yusof
Kredit : KLV via edisimedia

Facebook Comments