Dah 16 Tahun Kabhi Khushi Kabhie Gham, Kajol Baru Nak Dedahkan Fakta Ini

Bagi penggemar filem Hindustan, KABHI KHUSHI KABHIE GHAM adalah tontonan wajib. Jutaan orang sudah melihat filem ini, dan tidak merasa bosan meskipun sudah berkali-kali menontonnya.

Kini, filem yang dibintangi oleh Shahrukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan itu sudah berusia 16 tahun. Sebuah perjalanan yang cukup panjang, dan sampai sekarang filem arahan Karan Johar itu masih jadi kegemaran ramai orang.

Namun setelah 16 tahun berlalu, ternyata ada hal unik yang baru didedahkan dari filem KKKG. Kajol yang memdedahkan hal itu di akaun Instagramnya, dan fakta ini cukup mengejutkan.

Ternyata, Kajol sempat mengalami cedera ringan dan parah di jarinya ketika proses fotografi poster KKKG. Tangannya tersepit dipintu dan dia harus minum ubat menghilangkan rasa sakit.

“Bukankah ini diambil ketika tanganku tersepit di pintu dan aku harus minum combiflams?” tulis Kajol.

“Ya, aku ingat ketika itu kamu merasa sangat sakit!!” balas Karan.

Fakta ini belum pernah didedahkan oleh Kajol sebelumnya, dan cukup menarik kerana dia tetap tenang melakukan proses fotografi dengan wajah cantik meskipun sedang kesakitan yang luar biasa. Kini, KKKG dikenang sebagai salah satu filem terbaik Kajol dan SRK, dan tak pernah membosankan untuk dilihat lagi dan lagi.

Sumber : otokgeligo

Facebook Comments