“Berhenti Ganggu & Hina Pondan, Beri Sokongan”- Eric Paulsen

Lawyers for Liberty executive director, Eric Paulsen listens to a question during an interview with The Malaysian Insider at his office in Petaling Jaya on September 3, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Isu hangat dan sensasi mengenai usahawan kosmetik yang terkenal telah curi tumpuan media sehingga melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan orang ramai terhadap kekeliruan identiti jantinanya.

Umumnya golongan transgender yang dilabel sebagai ‘Mak Nyah’ yang paling terdedah kepada gangguan dan berilah mereka sokongan daripada hanya mengherdik dan merendah-rendahkan mereka.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen , menganggap isu sebegini terlalu meleret seolah-olah seperti tiada isu lain yang lebih besar.

“Isu jantina ini … seperti isu terbesar negara,” katanya dalam laman Facebooknya di laman Facebooknya. Beliau meneruskan: “Sekiranya isu-isu Nur Sajat benar-benar menjadi topik perbualan di negara ini? Cuba pertimbangkan!”

Menurutnyna, kes Nur Sajat sebenarnya satu isu yang dibangkitkan semula walaupun ia sebenarnya bukanlah isu baru di negara kita. Golongan transgender di Malaysia sering disalah ertikan dan disampaikan dengan cara salah dalam media.

Walaupun isu sebegini kurang popular dalam media Inggeris, kebanyakan kandungan yang dikeluarkan oleh media Melayu sering menggunakan kata ganti jantina yang salah atau istilah penghinaan apabila merujuk kepada orang transgender seperti ‘Pondan’.

Liputan berita tidak seimbang

Berita mengenai isu transgender banyak dipengaruhi sudut pandangan konservatif yang diketengahkan pihak media, sama ada melalui laporan mereka atau artikel pendapat.

Golongan LGBTQ sering dipersalahkan dan berkaitan dengan penyebaran HIV/AIDS malah dilabel sebagai musuh nilai tradisional dan Islam.

Liputan positif yang diberikan kepada komuniti transgender terlampau sedikit, hanya dengan beberapa penerbitan komen atau kenyataan aktivis atau organisasi transgender di dalam portal berita Bahasa Inggeris.

Sebaliknya, laporan berita Bahasa Melayu lebih fokus kepada menggalakkan kebencian terhadap komuniti transgender, dan pada masa sama juga mengetengahkan kejayaan rehabilitasi golongan transgender melalui agama.

Contoh terbaik yang boleh dilihat adalah liputan media pada April 2016 kepada Safiey Ilias, seorang wanita transgender dan usahawan yang sudah beruah semula menjadi “lelaki” dan mengumumkan hasratnya bertindak sebagai figura rehabilitasi wanita transgender yang lain.

Tindakan ini menarik perhatian Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengetuai hal ehwal Islam, dan juga media arus perdana. Cerita “kejayaan” Safiey digunakan untuk memberi tekanan kepada wanita transgender lain untuk “berubah”, termasuklah rakan usahawan Nur Sajat.

BACA  [VIDEO] KANTOI ! Skandal Papagomo Sebelum Nur Sajat

Bagaimanapun, Safiey menarik balik keputusan beliau pada September tahun sama, namun keputusan ini tidak menerima liputan meluas di media.

Pada masa kini pula, blogger yang terkenal dengan buruk lakunya, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga dikenali sebagai Papagomo, berulang kali mendakwa Nur Sajat sebagai seorang transwanita yang mengakibatkan Jakim mengambil langkah untuk menentukan jantinanya.

Tetapi mengapa berita mengenai pencapaian dan kejayaan golongan transgender tidak mendapat liputan meluas sama seperti isu jantinanya?

Tambah Eric lagi,  komuniti transgender hanya ingin hidup seperti orang lain, dan diberi hak sama seperti yang kita nikmati, menjalani kehidupan mereka, bekerja, mempunyai kehidupan peribadi dan melakukan aktiviti harian tanpa perlu bimbang tentang diskriminasi dan gangguan.

Sumber FMT

Facebook Comments