Bayi Perempuan Yang Pernah Digelar Bayi Tercomel Kini Menjadi Gadis Cilik Yang Cantik

Bayi perempuan kacukan Malaysia dan Sweden yang pernah mencairkan hati majoriti individu di seluruh dunia suatu ketika dahulu kini membesar menjadi anak gadis yang begitu cantik!

Dhuhaa Sophea Stumbrys dilahirkan pada tahun 2016 merupakan cahaya mata kepada bapanya, yang merupakan seorang warga kelahiran Sweden dan ibunya yang merupakan orang Malaysia.

Sejak Sophea lahir, ibunya memang kerap berkongsi gambar dan videonya yang comel di Instagram dan ia terus menarik perhatian orang ramai.

 

Kesemua daripada mereka tertarik dengan kecomelan Sophea. Ia memang tidak dapat disangkal lagi…

Sophea dikurniakan dengan sepasang mata galak yang cantik dan bulu mata yang panjang menjadikannya kelihatan seperti anak patung

Ketika umurnya baru sebulan, kecomelan Sophea sudah pun terserlah

Dia juga membesar dengan senyuman yang begitu ayu

Sophea kini menetap di Sweden sudah tentu mewarisi gen terbaik daripada ibu dan bapanya yang sememangnya menawan

Kini rambutnya telah panjang

‘Puteri’ ini juga sudah pandai berjalan

Ketika dia berusia 2 tahun

Dia berjaya menawan hati ramai orang dengan matanya yang memukau

Sophea kini yang berusia 3 tahun

Lihatlah dengan anak rambutnya menyerlahkan lagi kecomelannya

Di usia 3 tahun, Sophea boleh bercakap 3 bahasa

Dia boleh bercakap bahasa Sweden dengan fasih ketika bermain dengan datuknya dan bertukar cakap bahasa Melayu dan Inggeris ketika bercakap dengan ibunya

Sophea juga merupakan seorang kakak kepada adiknya, Amiraa Al Imaan, yang baru dilahirkan

Semoga Sophea dan adiknya membesar menjadi kanak-kanak yang pintar dan baik!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: ctsafuraa/Instagram via Sinar Viral

Facebook Comments