Antara Pengacara AJL Paling Terbaik, Gandingan Aliff Satar Dan Sherry Al-Hadad Dapat Pujian

Hakim terbaik kejayaan sesuatu program ialah penonton. Untuk program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), jumlah penonton tidak pernah menjadi masalah kerana ia program bersejarah yang sudah berpuluh tahun membina tapak di industri hiburan dan siaran.

Namun begitu, AJL tidak sunyi dari kritikan, terutamanya mengenai pemilihan pengacara. Bagaimanapun, gandingan pengacara tahun ini iaitu Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad mendapat pujian ramai penonton, malah ada yang menganggap mereka pengacara terbaik AJL dalam sejarah.

Di Twitter, ramai memberi pendapat bahawa gandingan Aliff Satar ialah gandingan terbaik pernah ditampilkan untuk AJL atas beberapa faktor, antaranya ketiadaan fokus terhadap penaja dan iklan yang ‘mengganggu tumpuan’.

 

Ada yang mengatakan, momentum penganjuran seperti ini harus dikekalkan untuk memastikan Tv3 dapat terus bersaing dengan stesen televisyen lain dalam penganjuran siaran langsung berunsur hiburan yang berprestij. Tahniah diucapkan buat TV3!

Sumber – beautifulnara.com

Facebook Comments