Alhamdullilah, Ini Keadaan Jasad Abdul Bari Saat ditemui Pagi Tadi

Jasad Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang l3mas ketika membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, kelmarin, ditemui pagi ini.

Jasad ditemui di kawasan kuala sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi ini, pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi m4ngsa dipercayai l3mas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, jasad m4ngsa ditemui dalam keadaan terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga m4ngsa.

“Jasad diserahkan kepada polis jam 7.50 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima m4ngsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kejang otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Setelah lebih 24 jam pencarian,akhirnya jasad Arwah Abdul Bari Asyraf telah pun ditemui.Kepada semua anggota bomba,polis,press juga orang awam yg terlibat dalam pencarian ini,kami seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih.

Kepada anggota keluarga arwah,kami seluruh rakyat Malaysia mengucapkan salam takziah atas ujian ini.Sesungguhnya kami rakyat Malaysia juga turut berduka atas pemergian ini.

Sama2 lah kita doakan agar sahabat kita ini tenang disana,dan pengorbanan arwah diangkat di sisi Yang Maha Pencipta..
Berehatlah saudaraku Bari…

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah pemergiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah….

Kredit: Arm Syam

artikel berkaitan : ‘Dia tenggelam timbul pegang budak’

“Ketika berenang, saya tengok m4ngsa (Abdul Bari Asyraf) yang dikhuatiri l3mas sedang memegang seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan tenggelam timbul,” kata Omar Abdul Aziz Othman, 27.

Omar yang juga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu adalah antara enam penyelamat yang nekad terjun ke Sungai Terengganu untuk menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi.

Bagaimanapun, Omar dan empat yang lain selamat manakala pemancing, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu dikhuatiri lemas.

Menurutnya, dia yang ketika kejadian bersama ahli keluarga nekad terjun ke sungai selepas mendengar jeritan meminta tolong.

“Saya nampak m4ngsa (Abdul Bari Asyraf) dalam keadaan tenggelam timbul sambil memegang seorang kanak-kanak menyebabkan saya cuba menarik kanak-kanak terbabit daripada pegangannya.

“Namun, saya gagal sebelum beralih menyelamatkan dua wanita lain lalu membawa mereka hingga ke tebing,” katanya yang tinggal di Rusila, Marang.

Pada masa sama, katanya, pemancing yang kebetulan berada di lokasi kejadian bertindak melemparkan tong plastik kepada m4ngsa bagi menyelamatkannya.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada m4ngsa sempat mencapai tong berkenaan atau tidak kerana ketika itu dia dalam keadaan hampir l3mas.

“Kanak-kanak perempuan terbabit pula berjaya diselamatkan orang awam yang terjun ke sungai berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, tiga wanita berusia antara 23 hingga 37 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan 11 tahun hampir l3mas selepas kenderaan empat roda dinaiki mereka mengundur ke dalam sungai.

Sumber : Naluri Kini

Facebook Comments