7 Golongan Manusia Yang Dapat Naungan Arasy Allah Di Hari K1amat, Pesanan Ulama Syria Ini Buat Kita Menitis Air Mata, Sebak!

SINTOK – Hujan rahmat mengiringi Majlis Tausiyah dan Zikir oleh al-‘Allamah al-Syeikh ‘Abdul Hadi al-Kharsah, seorang ulama dari Syria yang berlangsung di Masjid Ibnu Sina Kampung Tradisi Lembah Teriang, berhampiran Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Beliau menyampaikan tazkirah bertajuk: Kalimah Zikir Lailahaillallah, Ayatul Kursi & Selawat Sebagai Amalan Agung dalam Mencintai Allah & Rasul-Nya.

Al-Syeikh banyak menitipkan pesanan-pesanan yang sangat berguna sarat dengan intipati yang boleh diambil pengajaran.

“Turunnya hujan adalah waktu mustajab doa sesungguhnya kamu ini lebih baik dari 70 golongan ummah yang wujud sebelum ini.

“Sesungguhnya kita umat yang datang daripada Nabi Muhammad SAW. Maka khabarkan berita gembira kepada mereka yang melihat diriku, Syurga, Syurga, Syurgalah bagi mereka yang beriman kepadaku tetapi tidak melihatku,” luahnya.

  • Sebaik-baik nabi adalah Nabi Muhammad SAW
  • Sebaik baik umat adalah umat Nabi Muhammad SAW
  • Sebaik-baik kitab adalah al-Quran
  • Sebaik-baik kalimah adalah Laailahaillallah

Jika kalimah itu diletakkan pada satu timbangan dengan 7 petala langit 7 petala bumi, kalimah itu lebih berat. Terdapat satu riwayat menyatakan sesiapa yang ucap kalimah Laailahaillallah di akhir hayat maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga.

Menurut al-Sheikh, seseorang yang berzikir [ لا إلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَريكَ لَهُ ] sebanyak 100 kali maka ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan 100 keburukan dan diangkat 100 darjat menjadi insan yang baik.

“Sebagai umat Islam kita harus tahu dan memahami betul-betul kalimah Laailahaillallah kerana dalam kalimah tersebut terdapat beberapa makna:

  1. Tiada yang disemb4h dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Jika ada yang menyemb4h selain Allah seperti pokok dan malaikat semua itu tidak layak dijadikan penyemb4han.
  2. Sifat-sifat atau perbuatan Allah tiada yang memberi dan menahan pemberianNya.
  3. Sifat bagi zat iaitu Allah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Menghakimi dan memiliki seluruh alam maka kalimah ini adalah kalimah tauhid yang tidak boleh berlaku percampuran dengan yang lain.

Allah melimpahkan banyak nikmat pada umat antaranya masjid, tempat paling mulia di atas muka bumi lalu Rasulullah berpesan supaya mencahayakan rumah dengan solat, quran, zikir, azan sepertimana yang dilakukan di dalam masjid, maka lakukan juga di rumah.

“Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti tanah perkvburan. Cahayakan rumah dengan azan untuk menghalau sya1tan, menarik rahmat dan membawa malaikat datang ke rumah kita sekiranya diamalkan jadilah rumah kita terlebih mulia dari rumah yang lain.

“Allah jadikan masjid sebagai syiar dan lambang tempat yang mulia. Jika kita mahu Allah angkat diri dan rumah kita seperti masjid maka lakukan amal-amal mulia di dalamnya.

“Selepas menunaikan solat Subuh di masjid kemudian balik ke rumah dan berzikir maka kita mendapat pahala ganjaran seperti menunaikan haji dan umrah. Jika perbuatan itu jika dilakukan setiap hari nescaya lagi besar ganjarannya.

Jelasnya, Rasulullah semulia-mulia nabi justeru, sebagai umatnya kita tergolong dalam semulia-mulia umat dengan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk dan dengan membacanya diberi ganjaran yang banyak.

“Antara ayat yang paling mulia ialah Ayat Kursi sesiapa yang membacanya tidak akan dihampiri sya1tan. Jika dibaca selepas solat maka tidak dihalang syurga dan pasti akan mendapat haknya di sisi Allah,” ujarnya.

Arasy dan Kursi adalah perkara yang benar yang wajib diimani oleh setiap Muslim kerana salah satu dari rukun iman yang ke-6 iaitu beriman kepada hari k1amat dan sukar digambarkan oleh akal manusia.

Jelasnya, Kursi Allah bersifat cahaya jika dihimpunkan 7 petala langit dan 7 petala bumi ibarat membaling duit syiling di atas padang pasir, betapa luasnya kursi Allah lebih dari langit dan bumi.

“Selepas Kursi ada satu lagi ciptaan Allah yang dipanggil Arasy yang lebih luas dari Kursi kerana sekiranya Kursi diletakkan di atas Arasy ibarat membaling duit syiling di atas padang pasir.

Arasy Allah sebagai 1 naungan bagi orang yang beriman di akh1rat. Ketika hari k1amat matahari berada hampir dengan kepala sehingga mengeluarkan peluh yang sangat banyak mengikut d0sa dan pahala masing-masing ada yang sampai bahu, leher dan ada yang lemas dalam peluhnya sendiri.

Namun ada yang mendapat naungan Arasy iaitu perlindungan Allah di hari k1amat kelak sebagaimana sabda Rasulullah

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu:

  1. Pemimpin yang adil
  2. Pemuda yang taat pada Allah dikira dari umur baligh
  3. Seorang yang hatinya sentiasa dengan masjid
  4. Seseorang bertemu dan berp1sah kerana Allah
  5. Lelaki atau perempuan yang diajak maks1at lalu berkata Aku takut kepada Allah
  6. Orang yang bersedekah dan tidak menghitung sedekahnya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya
  7. Seorang yang menangis kerana Allah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Myinfoharian Via beritasteady

Facebook Comments