2 pelajar perempuan IPTA mengaku berkhalwat 7 lagi rakan lelaki

Kesemua tertuduh didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Kampung Padang Nenas jam 2.15 petang pada 16 November 2017.
Berdasarkan fakta kes, semasa tiba di premis tersebut mendapati pintu utama rumah itu tertutup rapat serta berkunci dari bahagian dalam. Bagaimanapun pintu dibuka oleh seorang lelaki selepas diketuk dan diberi salam beberapa kali.
Pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menemukan dua lelaki berada di ruang tamu satu, manakala tiga lagi lelaki di ruang tamu dua.
Sementara itu di bilik pertama pula menemukan seorang lelaki yang hanya memakai seluar track panjang bersama dengan seorang perempuan (21) tahun yang sedang berada di atas katil. Manakala di bilik kedua pula menemukan seorang perempuan (22 tahun) berseorangan.
Ketika disoal siasat, kedua-dua pelajar perempuan itu memberikan alasan datang ke rumah yang disewa oleh rakan-rakan lelaki mereka itu sekadar membuat tugasan sahaja.
Susulan kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah, Hakim Syarie mengenakan hukuman denda RM2,500 kepada pelajar perempuan berusia 21 tahun, manakala seorang lagi berusia 22 tahun bersama dengan yang lain didenda RM1,500.
Bagaimanapun, kesemuanya diarahkan dipenjara tiga minggu sekiranya gagal menjelaskan denda.
Sumber: The Reporter
Facebook Comments